ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN...ADALAH DIALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK JOIN THIS BLOG...BIAR KITA MENGIMARAHKAN BLOG INI LAGI...KALAU TIDAK KITA...SIAPA LAGI...ALUMNI TEJA KAN TETAP HIDUP SELAMANYA!!!ANDA BOLEY TINGGALKAN SEBARANG KOMEN ATAU PESANAN DI RUANGAN CHAT BOX TERSEBUT...WASSALAM...

Monday, June 1, 2009

Lambang Persatuan Alumni Teknik Jengka



Kalau dilihat dari segi struktur binaan nampak jelas-jelas la logo ni terdiri daripada tulisan khat yang didalamnya terdapat huruf "Ta", "Ya", "Jim", dan huruf "Alif". Jom kita baca apa yang tersirat disebalik logo Alumni Teknik Jengka ni.



1. Pengekalan lambang sekolah beserta warnanya adalah menggambarkan identiti sebenar bagi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Jengka. Ini juga menunjukkan bahawa dari mana asal kami memperoleh didikan dan dari mana bermulanya kami mengorak langkah sebagai seorang insan yang terpelajar dan seterusnya memperoleh kejayaan mengikut haluan masing-masing.

2. Secara puratanya, rata-rata masyarakat Sekolah Menengah Teknik Jengka adalah merupakan penganut agama Islam. Jadi, lambang kubah yang ditonjolkan pada bahagian atas menunjukkan bahawa para pelajar semua adalah satu dan teguh bernaung di bawah jalan yang lurus iaitu agama Islam.

3. Sentuhan seni khat Islam telah digunakan bagi mewakili singkatan nama Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Jengka. Huruf “Ta” digunakan sebagai wakil kepada huruf “T” yang mana huruf “T” membawa maksud kepada “Trampil”. Trampil memberi erti kepada ketrampilan seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka yang mempunyai identitinya yang tersendiri.

4. Huruf “Ya” yang mewakili huruf “E” adalah merupakan singkatan kepada perkataan “Efisien”. Nilai kualiti yang tinggi dalam melakukan sesuatu kerja menggambarkan kecekapan para pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka dalam melaksanakan suatu tugas yang diberikan. Tidak kira ianya tugasan yang berat, sederhana mahupun tugasan yang ringan.

5. Huruf “Jim” yang mewakili huruf “J” adalah merupakan singkatan kepada perkataan “Jati Diri”. Kekuatan jati diri hasil didikan sekolah sendiri membolehkan para pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka berdikari dan berdiri teguh dengan kaki sendiri walaupun di mana jua mereka berada. Kekuatan ini menunjukkan ketabahan mereka dalam mengharungi liku-liku hidup yang sedang diharungi dan bakal dihadapi.

6. Huruf “Alif” yang mewakili huruf “A” adalah merupakan singkatan kepada perkataan “Akauntabiliti”. Tanggungjawab dalam melakukan apa jua amanat yang diberikan terutama sekali dalam melaksanakan tugasan adalah merupakan salah satu ciri-ciri pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka. Kreadibiliti perlaksanaan dalam melakukan suatu tugasan menunjukkan ciri-ciri kematangan dalam diri setiap pemimpin yang lahir dari didikan Sekolah Menengah Teknik Jengka.

7. Warna hijau muda yang digunakan adalah sinonim dengan agama Islam. Ini melambangkan ciri-ciri seorang insan yang mempunyai nilai-nilai murni secara menyeluruh dan seimbang sebagaiman yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana menyatakan keseimbangan insan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Turut dimuatkan juga seimbang dari aspek sosial dan agamanya yang mana berlandaskan kepatuhan dan ketaatan kepada Tuhan yang satu.

8. Warna hijau tua yang ditonjolkan adalah melambangkan kematangan dan pengalaman yang luas yang dimiliki oleh para pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka. Batas pemikiran bukanlah dinilai melalui usia. Pemikiran yang relevan dan pengolahan pengalaman secara amali mampu untuk menyumbangkan kebaikan ke arah menjadikan negara sebagai negara kelas pertama.

teja : logo ni hasil karya Harith Rohaizat, hak cipta terpelihara..hehe.. 22082008

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
Terampil.Efisyen.Jatidiri.Akauntabiliti

Kata-Kata Hikmah

PingBox

Alumni Teja World!! | 2009 © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO