ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN...ADALAH DIALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK JOIN THIS BLOG...BIAR KITA MENGIMARAHKAN BLOG INI LAGI...KALAU TIDAK KITA...SIAPA LAGI...ALUMNI TEJA KAN TETAP HIDUP SELAMANYA!!!ANDA BOLEY TINGGALKAN SEBARANG KOMEN ATAU PESANAN DI RUANGAN CHAT BOX TERSEBUT...WASSALAM...

Monday, October 5, 2009

Majlis Makan Malam Alumi TEJA

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI TEJA....
TARIKH : 19 DISEMBER 2009 – 20 DISEMBER 2009
HARI: SABTU & AHAD
TEMPAT: MERCU BEACH RESORT, CHERATING
TEMA MAJLIS : BIRU
KOS PEMBAYARAN: RM100*
..........................

..................... ....................................................... ................................
Jika Berminat... Sila Baca Di Bawah....
Pembayaran Boleh Dilakukan Seperti Berikut :-
No. Akaun : 106099200187
Nama : Nurin Nazmi Binti Ahmad Tarmizi
(Sila Pastikan Nama Yang Terpapar Di Skrin Mesin ATM Adalah Sama Dengan Nama Yang Telah Di Berikan)
No. Telefon : 017-4867843 / 019-4517843
E-Mail : nazinsakura_in@yahoo.com.my
Sila simpan resit pembayaran anda untuk dibawa bersama-sama pd majlis tersebut. Sila hantar butir-butir pembayaran anda melalui e-mail yg diberikan atau sms ke no. telefon yg telah diberikan.
Butir-butir adalah seperti berikut :-
a) Nama
b) No. ic
c) Tarikh Pembayaran
d) Jumlah Pembayaran
e) Masa Pembayaran
f) Cawangan Pembayaran

Wednesday, June 10, 2009

Dahulu dan Kini

DAHULU




Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Jengka. Terdiri daripada pelajar lepasan PMR yang memohon untuk memasuki sekolah beraliran teknikal...mereka bertungkus lumus menuntut ilmu di sekolah teknik untuk menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS.......


DAN KINI


Kini Sekolah Menengah Teknik Jengka sudah tiada lagi...luaran nampak sama....yang nyata ianya bukan Teknik Jengka yang kita semua kenali dahulu....yang ada hanya kenangan manis dan suka duka kita semua ketika berada di Sekolah Menengah Teknik Jengka yang tercinta...mana-mana yang dah berjaya mengejar cita-cita tahniah diucapkan..yang masih belum tercapai,kuatkan semangat untuk terus mara kehadapan...kini....Sekolah Menengah Teknik Jengka atau dikenali sebagai SMTJ telah pun dinaik taraf sebagai Kolej Matrikulasi Pahang Cawangan Jengka...Teja harap...kalian sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka berasa bangga akan transformasi yang berlaku pada Sekolah Teknik yang tercinta ini....sama-sama la kita mengimbau kenangan manis...duka...kita, semasa bersama-sama menuntut ilmu disana...........kepada cikgu-cikgu yang kami sayangi....terima kasih kami ucapkan...segala jasa kalian akan kami kenang sehingga ke akhir hayat....semoga kalian dirahmati Allah dan mendapat keredhaanNya diatas penat lelah yang pernah kalian berikan kami tanpa rasa jemu ketika di SMTJ aminnn....ya Rabbal alamin....

Teja : kengkawan semua......Teja rindukan kalian....huhuhuhu...

Sunday, June 7, 2009

Jom Share Gambar!!


Assalamualaikum to all ex-student Teknik jengka....sekarang di blog Alumni TEJA ni dah ade satu lagi link tuk korang semua tengok gambar-gambar ketika di Teknik Jengka dulu....korang hanya perlu klik di bahagian galeri foto...kat sana nanti korang boleh la kalau nak share gambar...nak sedut gambar tu ke...nak save ke....pe pun boleh...sape-sape yang ade gambar-gambar kenangan mase kat Teknik Jengka dulu , sebagai contohnya gambar-gambar di aspura,aspuri atau gambar-gambar aktiviti-aktiviti ketika di Teknik Jengka dulu boleh la antarkan gambar-gambar tu ke alamat email alumniteja@yahoo.com nanti Teja tolong uploadkan tuk korang ke Photobucket alumniteja ye....selamat berkongsi gambar (^_^)

Teja : pasni boleh la tengok gambar-gambar kat teknik dulu... :-)

Friday, June 5, 2009

Pengumuman Penting!!!!

Assalamualaikum semua...Kepada rakan-rakan baru club Alumni TEJA yang masih belum berdaftar, adalah diharapkan agar pihak tuan atau puan mendaftarkan diri dalam kadar yang segera...Ini adalah bertujuan bagi memudahkan bahagian pengurusan pendaftaran ahli Alumni TEJA untuk mengemaskini maklumat-maklumat bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka...Dalam masa yang sama juga, dimaklumkan bahawa bagi bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka yang telah mendaftar juga turut sama perlu mengisi borang yang terbaru...Ini bertujuan untuk mengetahui status pihak tuan atau puan dengan lebih terpeinci dan terkini...Untuk memudahkan pihak tuan dan puan sila klik banner dibawah ini...Dengan ini, kerjasama dari pihak tuan atau puan didahulukan dengan ucapan terima kasih...

DAFTAR SEBAGAI AHLI ALUMNI TEJA

cepat klik

Tuesday, June 2, 2009

Borang Daftar TEJA Berwajah Baru!!!

Ha... Kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka... Adalah dimaklumkan bahawa anda boleh mendaftar menjadi ahli Alumni TEJA dengan mudahnye sekarang... Iaitu secara online atau manual... Untuk penerangan yang lebih lanjut, anda boleh baca dan dapatkan borang diruangan PENDAFTARAN AHLI... Sila rujuk ruangan tersebut untuk kefahaman yang lebih mendalam... Sekian... Selamat mendaftar...

Monday, June 1, 2009

Lambang Persatuan Alumni Teknik Jengka



Kalau dilihat dari segi struktur binaan nampak jelas-jelas la logo ni terdiri daripada tulisan khat yang didalamnya terdapat huruf "Ta", "Ya", "Jim", dan huruf "Alif". Jom kita baca apa yang tersirat disebalik logo Alumni Teknik Jengka ni.



1. Pengekalan lambang sekolah beserta warnanya adalah menggambarkan identiti sebenar bagi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Jengka. Ini juga menunjukkan bahawa dari mana asal kami memperoleh didikan dan dari mana bermulanya kami mengorak langkah sebagai seorang insan yang terpelajar dan seterusnya memperoleh kejayaan mengikut haluan masing-masing.

2. Secara puratanya, rata-rata masyarakat Sekolah Menengah Teknik Jengka adalah merupakan penganut agama Islam. Jadi, lambang kubah yang ditonjolkan pada bahagian atas menunjukkan bahawa para pelajar semua adalah satu dan teguh bernaung di bawah jalan yang lurus iaitu agama Islam.

3. Sentuhan seni khat Islam telah digunakan bagi mewakili singkatan nama Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Jengka. Huruf “Ta” digunakan sebagai wakil kepada huruf “T” yang mana huruf “T” membawa maksud kepada “Trampil”. Trampil memberi erti kepada ketrampilan seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka yang mempunyai identitinya yang tersendiri.

4. Huruf “Ya” yang mewakili huruf “E” adalah merupakan singkatan kepada perkataan “Efisien”. Nilai kualiti yang tinggi dalam melakukan sesuatu kerja menggambarkan kecekapan para pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka dalam melaksanakan suatu tugas yang diberikan. Tidak kira ianya tugasan yang berat, sederhana mahupun tugasan yang ringan.

5. Huruf “Jim” yang mewakili huruf “J” adalah merupakan singkatan kepada perkataan “Jati Diri”. Kekuatan jati diri hasil didikan sekolah sendiri membolehkan para pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka berdikari dan berdiri teguh dengan kaki sendiri walaupun di mana jua mereka berada. Kekuatan ini menunjukkan ketabahan mereka dalam mengharungi liku-liku hidup yang sedang diharungi dan bakal dihadapi.

6. Huruf “Alif” yang mewakili huruf “A” adalah merupakan singkatan kepada perkataan “Akauntabiliti”. Tanggungjawab dalam melakukan apa jua amanat yang diberikan terutama sekali dalam melaksanakan tugasan adalah merupakan salah satu ciri-ciri pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka. Kreadibiliti perlaksanaan dalam melakukan suatu tugasan menunjukkan ciri-ciri kematangan dalam diri setiap pemimpin yang lahir dari didikan Sekolah Menengah Teknik Jengka.

7. Warna hijau muda yang digunakan adalah sinonim dengan agama Islam. Ini melambangkan ciri-ciri seorang insan yang mempunyai nilai-nilai murni secara menyeluruh dan seimbang sebagaiman yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana menyatakan keseimbangan insan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Turut dimuatkan juga seimbang dari aspek sosial dan agamanya yang mana berlandaskan kepatuhan dan ketaatan kepada Tuhan yang satu.

8. Warna hijau tua yang ditonjolkan adalah melambangkan kematangan dan pengalaman yang luas yang dimiliki oleh para pelajar Sekolah Menengah Teknik Jengka. Batas pemikiran bukanlah dinilai melalui usia. Pemikiran yang relevan dan pengolahan pengalaman secara amali mampu untuk menyumbangkan kebaikan ke arah menjadikan negara sebagai negara kelas pertama.

teja : logo ni hasil karya Harith Rohaizat, hak cipta terpelihara..hehe.. 22082008

Selamat Datang Ke MyTeja


Assalamualaikum w.b.t.,

Bismillahirahmanirrahim. Selawat dan salam buat junjungan, Muhammad Kekasih Allah. Salam manis buat semua pengunjung blog MyTeja ni. Moga Allah merahmati setiap ape yang kita semua lakukan.

Kita ingin segalanya indah, semurni bersih pantai memutih, indahnya bagai tersusun madah, Berseri ukhwah memupuk kasih. Kita rindukan kasih sayang, untuk hiasi taman hati, Dalam melalui jalan yang suci, Ingin menuju ke arah Tuhan, Perlu tetap tujuan kita, Baru kehidupan aman berpanjangan. Demi perjuangan perlu bersatu hati, Tetapkan iman di dalam diri, Perintah Allah wajib dipatuhi, Sunnah Rasul perlu dicontohi, Biar keihklasan kita berbicara, Barulah terhindar sengketa sesama.

Bermulanya disini…

Untuk pengetahuan pengunjung semua, blog ni baru dilancarkan pada 20/08/2008 atas dasar kepentingan bersama ex student Teknik Jengka. Sepertimana yang kita semua tau, sebelum ni ex student Teknik Jengka hanya dapat mengetahui perkembangan terbaru atau aktiviti-aktiviti di teknik jengka, hanya melalui cikgu-cikgu dan kawan-kawan je. So dengan adenye MyTeja ni dapat la semua ex student mahupun pelajar-pelajar teknik jengka berkumpul di blog MyTeja ni untuk berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing ketika berada di Teknik Jengka atau luar dari Teknik Jengka.

Kenapa MyTeja?

MyTeja diberi nama sempena nama rasmi bagi kelab alumni Teknik Jengka iaitu "TEJA", ataupun Terampil,Efisyen,Jatidiri dan Akauntabiliti, hasil gabungan huruf terawal setiap elemen ini, maka terhasil satu nama iaitu "TEJA". Dengan tertubuhnya "TEJA" segala aktiviti-aktiviti bagi ex student Teknik Jengka akan dirancang dan disusun oleh Majlis Tertinggi kelab. Segala aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan terdiri daripada cadangan dari pihak sekolah mahupun bekas pelajar. Dengan ini di blog MyTeja ini, ex student Teknik Jengka boleh menyuarakan pendapat dan cadangan untuk aktiviti-aktiviti "TEJA".


Teja: jom ajak semua ex student Teknik Jengka berkampung kat Blog ni. 20082008

Followers

About Me

My photo
Terampil.Efisyen.Jatidiri.Akauntabiliti

Kata-Kata Hikmah

PingBox

Alumni Teja World!! | 2009 © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO